Khamis, 30 Oktober 2008

Tugasan Kumpulan Panas...

-Dalam tugasan ini, kumpulan kami dipertanggungjawabkan untuk membuat tajuk Body
Language (Bahasa Badan).
-Tajuk ini sangat meluas..
-Oleh itu, kami memilih 4 jenis bahasa badan untuk menerangkan jenis-jenis bahasa
badan dengan lebih teliti lagi...

Kepentingan Bahasa Badan

KEPENTINGAN BAHASA BADAN
-Pengetahuan mengenai bahasa badan berguna untuk melancarkan perjalanan komunikasi.
-Ia membantu memahami orang yang berbual dengan kita.
-Belajar membaca bahasa badan membantu kita membaca orang lain luar dan dalam.
-Belajar mengawal bahasa badan kita sendiri dapat membantu kita berkomunikasi dengan
efektif.

Bagaimana Meningkatkan Kemahiran Bahasa Badan

BAGAIMANA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BAHASA BADAN
-Gambarkan minat kita pada seseorang atau sesuatu.
-Tunjukkan rasa ingin tahu dalam subjek pelbagai jenis.
-Galakkan orang lain untuk terus berinteraksi dengan kita melalui hubungan mata.
-Apabila bercakap dalam kumpulan, pandang semua orang.
-Jangan memegang tangan seseorang lebih lama semasa berjabat tangan.
-Jangan menceroboh ruang personal seseorang.
-Jadikan diri anda selesa sepenuhnya.

Jenis pergerakan 4 - Pergerakan mata

PERGERAKAN MATA
Bandler and Grinder’s(1979) – Corak pergerakan mata ketika manusia berfikir dan bercakap mempunyai kaitan rapat dengan jenis – jenis perbuatan proses untuk mendapatkan kembali maklumat yang tersimpan/hilang(information-retrieval)
Ketika kita bercakap dan berfikir, mata kita bergerak, dan ini dikenali sebagai “Corakan Imbasan Mata”

Split Brain Theory
· “Split-Brain Theory” – 2 hemisfera otak mengawal kegiatan pada sisi tubuh yang
bertentangan.
· Hemisfera kiri mengawal sisi tubuh sebelah kanan dan sebaliknya.
· Apabila seseorang dalam proses berfikir, matanya bergerak dalam corak tertentu,
mengikut kepada fungsi otak ketika itu, bergantung sama ada dia menggunakan
logik atau naluri.

Jenis-jenis pergerakan mata
Pandang atas dan ke kanan
– Cuba mengingati kembali memori yang nyata. Mencari bayangan2 yang
membentuk sesuatu, iaitu gambaran bayangan atau gambar yang dicipta olehnya.
Pandang atas dan ke kiri
– Memikirkan sesuatu yang jauh – mencari “eidetic images” iaitu bayangan visual atau gambar peristiwa2 atau pengalaman yang telah berlalu. Mempunyai kedalaman, warna dan gerakan.
Pandang depan dan ke kanan
– Bertindak balas terhadap “mengingati bunyi”,contoh satu iklan, nombor telefon, atau perkataan2 semasa angkat sumpah.
Pandang bawah dan ke kanan
– Seseorang mencari kedua-dua iaitu perasaan dan memori kinestetik yang
tersimpan dalam otak.
· Pandang bawah dan ke kiri
– Membuat satu ‘perbualan dalaman’, setelah memikirkan sesuatu dengan mendalam. Perkataan mungkin agak kuat, tanpa disedari oleh orang tersebut yang dia telah melakukannya.

Jenis pergerakan 3 - The lips (bibir)

THE LIPS (BIBIR)
· Pengenalan
– Melahirkan perasaan terpendam dalam jiwa.
· Mengerap bibir (compressed lips)
– Mulus, garis bibir terketap-tidak setuju, berlawanan, ragu-ragu
– Marah, tidak suka, dan menunjukan kesedihan
– Diikuti dengan pergerakan mata atau kepala.
· Bibir penuh (full lips)
– Bergantung kepada masa, perkataan, material
– Mulut besar, banyak cakap atau merapu
· Menjuihkan bibir (pouting lips)
– Tolak bibir bawah keatas supaya terjojol.
– Muncung terkeluar-untuk menunjukkan merajuk
· Mengerutkan bibir (pursed lips)
– Membulatkan bibir, memikirkan sesuatu, angkuh atau pentingkan diri sendiri.
· Mengigit bibir (bitting the lips)
– Menunjukkan seseorang itu tidak pasti, teragak-agak, gugup, malu, simpan emosi.

Jenis pergerakan 2 - Facial expression (air muka)

FACIAL EXPRESSION (AIR MUKA)
Air muka kita adalah fleksibel dan mampu berubah mengikut keadaan.
Ini berhubung kait antara emosi kita serta percakapan kita.
Muka boleh enkod pelbagai jenis komunikasi dan mesej.

Emosi
Muka boleh dijadikan sebagai penunjuk untuk keadaan atau situasi emosi seseorang pada waktu itu.
Contoh-contoh emosi
– Gembira, takut, terkejut, marah, sedih, sakit, minat, malu, kebosanan, putus asa, kepuasan hati, mengambil berat…
Kita biasanya bergantung melihat kepada air muka seseorang untuk menentukan apakah orang itu rasa tentang sesuatu perkara.
Kajian menunjukkan ada 8 asas air muka (Tomkins, see Ekman, 1962)
– Minat
– Keriangan
– Kemarahan
– Ketakutan
– Malu
– Perasaan mual / jijik
– Dukacita

Kategori Senyuman :

Felt Smile
– Menunjukkan penerimaan, kegembiraan, persetujuan, kepuasan

False Smile
– Menunjukkan ketakutan, perasaan mual/jijik, minta maaf

Miserable Smile
– Boleh dikaitkan dengan kekeliruan, kebodohan, berputus asa,

Simple Smile
– Di mana gigi tidak terdedah semasa senyum. Kita selalunya menggunakan senyuman ini apabila melihat sesuatu yang menarik minat.

Upper Smile
– Senyuman ini mendedahkan bahagian atas set gigi. Biasanya kita menggunakan senyuman ini apabila kita bertemu atau menyambut seseorang. Senyuman ini juga melibatkan pandangan mata antara satu sama lain.

Broad Smile
– Senyuman ini mendedahkan kedua-dua bahagian atas dan bawah gigi dan selalunya akan diikuti dengan ketawa.

Jenis pergerakan 1 - Gerak isyarat tangan di muka

GERAK ISYARAT TANGAN DI MUKA
-Tangan merupakan bahagian badan yang paling versatil dan boleh membuat beberapa kombinasi gerak isyarat. Isyarat tangan di muka mempunyai empat jenis isyarat tangan iaitu pada mulut, pada hidung, pada leher dan menggaru pada bahagian muka. Kebanyakan gerak isyarat tangan pada mulut mempunyai konotasi yang negatif, contohnya, keraguan, penipuan, membesar-besarkan, kebimbangan dan ketidakpastian.


ISYARAT TANGAN PADA MULUT

Menutup mulut:
-Apabila seseorang menutup mulutnya dengan tangan semasa perbualan, kita mungkin akan membuat banyak tanggapan sperti:
-Dia mungkin berbohong
-Dia mungkin tidak pasti atau ragu-ragu dengan apa yang diperkatakan
-Dia mungkin cuba untuk menghalang dirinya daripada menyatakan pandangannya yang mungkin bertentangan dengan speaker.
-Selain dari itu terdapat juga sebab-sebab lain seseorang itu membuat gerak isyarat tangan pada mulut, contohnya:
-Dia mungkin ingin menahan perasaan.
-Dia mungkin mempunyai masalah nafas berbau dan cuba untuk menutupnya.
-Mungkin dia mempunyai tabiat meletak tangan pada mulut.
-Gerak isyarat ini amat ketara pada kanak-kanak yang berhadapan dengan kesalahan. Mereka akan meletakkan tangan pada mulut jika mereka berbohong. Kanak-kanak juga melakukannya apabila mereka ingin menipu tetapi memberitahu yang sebenar dengan tidak sengaja.


Mengawal mulut
-Apabila seseorang ingin menyekat penipuan yang mereka katakan, mereka menggunakan gerak isyarat mengawal mulut. Salah satunya adalah seperti:
-Menutup mulut mereka dengan tangan di mana ibu jarinya menekan pipinya.
-Meletakkan beberapa jari ke dalam mulut.
-Menolak mulutnya dengan genggaman buku limanya.
-Sesetengah orang akan cuba meletakkan tangan pada mulutnya sambil buat-buat batuk untuk membuat gerak isyarat ini kurang ketara.
-Dalam perjumpaan awam, jika beberapa orang tiba-tiba menunjukkan gerak isyarat ini, ia mungkin meletakkan speaker dalam situasi yang agak memalukan. Dalam keadaan begini, wajarlah dia berhenti berucap dan mendapatkan maklum balas daripada audiens terhadap apa yang diperkatakannya.

Meletakkan sesuatu ke dalam mulut
-Individu yang meletakkan benda-benda ke dalam mulutnya, menghisap, atau mengunyah objek apabila mereka sibuk melakukan sesuatu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Gerak isyarat seperti ini menunjukkan bahawa seseorang itu berada di bawah tekanan dan kesuntukan masa. -Jika seseorang membuat gerak isyarat ini ketika bercakap, ia mungkin bermaksud dia sedang melengah-lengahkan. Ianya juga menunjukkan seseorang itu inginkan lebih banyak maklumat.

Menyentuh bibir
-Merupakan gerak isyarat meransang diri untuk hilangkan kebimbangan atau menunjukkan kebosanan, keterujaan, takut, ngeri dan ketidakpastian.

Definisi Bahasa Badan

Definisi bahasa badan:
Bahasa badan merupakan komunikasi tentang perasaan, emosi, dan sikap seseorang menerusi pergerakan badan seperti gerak isyarat, postur, ekspresi muka, cara berjalan, kedudukan dan jarak. Dalam kata lain, bahasa badan adalah cara seseorang menyampaikan emosi menerusi pergerakan badan. Melalui bahasa badan, orang lain boleh tahu siapa kita, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasakan kerana mereka membaca maklumat-maklumat itu lebih baik daripada kata-kata yang kita ucapkan. Daripada susuk badan kita, ketinggian, berat badan, kulit, mata dan rambut kita, orang boleh membaca beberapa jenis maklumat berkenaan diri kita. Badan yang tidak terurus rapi akan dibaca sebagai badan orang yang tidak mengutamakan kesan penampilan dir. Ciri-ciri pada tubuh badan kita sahaja akan menyebabkan orang menilai sama ada kita seorang yang sesuai dijadikan rakannya atau tidak. Gerak-geri dalam bahasa badan mempunyai lima jenis iaitu emblem, penggambar, pelukis rasa, pengawal dan penyesuai.

Body Language (bahasa badan)

Definisi bahasa:
Bahasa merupakan satu sistem lambang bunyi suara yang arbitrari yang digunakan untuk berkomunikasi antara anggota sesuatu kelompok manusia. Sarjana linguistik Jerman pada abad ke-19, Wilhem Von Humbolt menyatakan bahasa adalah satu sintesis daripada bunyi yang dibentuk oleh Lautform (bentuk luaran) dan fikiran yang dibentuk oleh Idenform (bentuk dalaman).
Manakala sarjana linguistik Amerika pada abad ke-20 iaitu Charles F. Hockett, mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem tabiat yang sangat rumit dari sudut behaviorisme. Bagi John B. Carroll pula, seorang sarjana psikologi Amerika abad ke-20, beliau mentakrifkan bahasa dari sudut linguistik sebagai satu sistem berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi yang digunakan sewenang-wenang atau boleh dipakai dalam komunikasi antara perseorangan oleh skumpulan manusia.
Pada masa kini, bahasa didefinisikan mengikut fungsi dan bentuknya di mana berdasarkan bentuknya, bahasa adalah sejumlah ayat yang tidak terbatas, iaitu setiap ayat mempunyai panjang yang terbatas dan terdiri daripada sejumlah unsur-unsur atau elemen yang terbatas jumlahnya. Manakala menurut fungsinya pula, bahasa adalah satu alat berkomunikasi di mana manusia berkomunikasi dengan menggunakan ayat-ayat.