Khamis, 30 Oktober 2008

Definisi Bahasa Badan

Definisi bahasa badan:
Bahasa badan merupakan komunikasi tentang perasaan, emosi, dan sikap seseorang menerusi pergerakan badan seperti gerak isyarat, postur, ekspresi muka, cara berjalan, kedudukan dan jarak. Dalam kata lain, bahasa badan adalah cara seseorang menyampaikan emosi menerusi pergerakan badan. Melalui bahasa badan, orang lain boleh tahu siapa kita, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasakan kerana mereka membaca maklumat-maklumat itu lebih baik daripada kata-kata yang kita ucapkan. Daripada susuk badan kita, ketinggian, berat badan, kulit, mata dan rambut kita, orang boleh membaca beberapa jenis maklumat berkenaan diri kita. Badan yang tidak terurus rapi akan dibaca sebagai badan orang yang tidak mengutamakan kesan penampilan dir. Ciri-ciri pada tubuh badan kita sahaja akan menyebabkan orang menilai sama ada kita seorang yang sesuai dijadikan rakannya atau tidak. Gerak-geri dalam bahasa badan mempunyai lima jenis iaitu emblem, penggambar, pelukis rasa, pengawal dan penyesuai.

Tiada ulasan: