Khamis, 30 Oktober 2008

Jenis pergerakan 1 - Gerak isyarat tangan di muka

GERAK ISYARAT TANGAN DI MUKA
-Tangan merupakan bahagian badan yang paling versatil dan boleh membuat beberapa kombinasi gerak isyarat. Isyarat tangan di muka mempunyai empat jenis isyarat tangan iaitu pada mulut, pada hidung, pada leher dan menggaru pada bahagian muka. Kebanyakan gerak isyarat tangan pada mulut mempunyai konotasi yang negatif, contohnya, keraguan, penipuan, membesar-besarkan, kebimbangan dan ketidakpastian.


ISYARAT TANGAN PADA MULUT

Menutup mulut:
-Apabila seseorang menutup mulutnya dengan tangan semasa perbualan, kita mungkin akan membuat banyak tanggapan sperti:
-Dia mungkin berbohong
-Dia mungkin tidak pasti atau ragu-ragu dengan apa yang diperkatakan
-Dia mungkin cuba untuk menghalang dirinya daripada menyatakan pandangannya yang mungkin bertentangan dengan speaker.
-Selain dari itu terdapat juga sebab-sebab lain seseorang itu membuat gerak isyarat tangan pada mulut, contohnya:
-Dia mungkin ingin menahan perasaan.
-Dia mungkin mempunyai masalah nafas berbau dan cuba untuk menutupnya.
-Mungkin dia mempunyai tabiat meletak tangan pada mulut.
-Gerak isyarat ini amat ketara pada kanak-kanak yang berhadapan dengan kesalahan. Mereka akan meletakkan tangan pada mulut jika mereka berbohong. Kanak-kanak juga melakukannya apabila mereka ingin menipu tetapi memberitahu yang sebenar dengan tidak sengaja.


Mengawal mulut
-Apabila seseorang ingin menyekat penipuan yang mereka katakan, mereka menggunakan gerak isyarat mengawal mulut. Salah satunya adalah seperti:
-Menutup mulut mereka dengan tangan di mana ibu jarinya menekan pipinya.
-Meletakkan beberapa jari ke dalam mulut.
-Menolak mulutnya dengan genggaman buku limanya.
-Sesetengah orang akan cuba meletakkan tangan pada mulutnya sambil buat-buat batuk untuk membuat gerak isyarat ini kurang ketara.
-Dalam perjumpaan awam, jika beberapa orang tiba-tiba menunjukkan gerak isyarat ini, ia mungkin meletakkan speaker dalam situasi yang agak memalukan. Dalam keadaan begini, wajarlah dia berhenti berucap dan mendapatkan maklum balas daripada audiens terhadap apa yang diperkatakannya.

Meletakkan sesuatu ke dalam mulut
-Individu yang meletakkan benda-benda ke dalam mulutnya, menghisap, atau mengunyah objek apabila mereka sibuk melakukan sesuatu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Gerak isyarat seperti ini menunjukkan bahawa seseorang itu berada di bawah tekanan dan kesuntukan masa. -Jika seseorang membuat gerak isyarat ini ketika bercakap, ia mungkin bermaksud dia sedang melengah-lengahkan. Ianya juga menunjukkan seseorang itu inginkan lebih banyak maklumat.

Menyentuh bibir
-Merupakan gerak isyarat meransang diri untuk hilangkan kebimbangan atau menunjukkan kebosanan, keterujaan, takut, ngeri dan ketidakpastian.

Tiada ulasan: